fbpx

Nadia Brian minta Puteri Sarah jaga kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Nadia Brian, apa yang beraku terhadap rakan baiknya, Puteri Sarah boleh dijadikan teladan pada masa mendatang.

KUALA LUMPUR – Simpati dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi sahabat baiknya, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, namun Nadia Brian memilih untuk tidak mencampuri urusan mereka.

Katanya, dia turut bersedih atas situasi dilalui rakannya itu selain hanya mampu mendoakan kesejahteraan buat pasangan tersebut bersama seisi keluarga.

“Sudah tentu bukan hanya saya sedih, malah semua orang yang mengenali Sarah dan mereka yang rapat dengannya turut merasai perkara sama.

“Cuma lebih elok saya tak masuk campur hal rumah tangga mereka biarpun sebagai kawan, saya pun berasa sedih dan simpati.

“Apa pun saya tidak menyokong mana-mana pihak, cuma saya harap mereka dapat uruskan perkara ini dengan baik selain dipermudahkan segala proses.

“Paling utama, kita semua juga kena doakan mereka semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, tidak ketinggalan menitipkan pesan supaya rakan karibnya itu menjaga kesihatan mental dan fizikal dalam berdepan situasi serba mencabar sebegitu.

“Meskipun berlaku keadaan sebegini, saya harap Sarah dapat menjaga kesihatan mental, begitu juga dengan Syamsul. Itu yang lebih penting,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya sama ada situasi membabitkan rakan terdekat mencetus kebimbangan untuk kembali bergelar isteri, katanya segala perkara yang berlaku dijadikan iktibar dalam meneruskan kehidupan mendatang.

“Setiap manusia pasti berdepan ujian dan jalan cerita hidup berbeza. Apa yang baik boleh kita jadikan sama ada sebagai contoh mahupun teladan.

“Bagi saya, segala isu membabitkan kehidupan dalam berumah tangga bukan satu alasan untuk takut berkahwin lagi. Jika ada jodoh, ada lah,” katanya ketika ditemui pada majlis malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya, Eva semalam.

Menerusi filem yang bakal ditayangkan pada 26 Januari ini, pelakon berdarah campuran Melayu-Australia itu membawakan watak sebagai pakar psikiatrik bernama Elly.

Untuk info, aktres tersebut sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun bercerai pada 2 April 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI