PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat serta ribut petir sedang melanda beberapa daerah di enam negeri termasuk sekitar Lembah Klang pada malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk tersebut dilaporkan berlaku di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Pahang (Raub dan Bentong).
Sementara itu, hujan lebat dilihat melanda seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban dan Port Dickson sehingga pukul 11 malam nanti.
Dalam kenyataan sama, MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang sedang melanda negeri Sarawak meliputi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri dan Limbang bakal berlarutan sehingga pukul 1 pagi. – KOSMO! ONLINE