fbpx

Mati ketika edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Cubaan seorang lelaki mengedar dadah di sekitar daerah ini berakhir dalam keadaan tragis apabila dia mati dipukul menggunakan objek keras, Isnin lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas dirawat selama lima hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan di sebuah kedai runcit sekitar Olak Lempit, Banting, di sini, kira-kira pukul 10.45 malam pada 11 Januari lalu.

Katanya, mangsa yang turut bekerja sebagai kelindan lori dipukul sekumpulan suspek kerana disyaki mengedar dadah.

“Siasatan di lokasi kejadian menemui satu beg berisi 10 peket tiub syabu seberat 3.63 gram dianggarkan bernilai RM2,000 dibawa mangsa.

“Lelaki itu yang tidak sedarkan diri kemudiannya dibawa ke Hospital Banting sebelum dipindahkan ke HTAR untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, hari ini.

Kata beliau, susulan itu polis kemudiannya menahan seorang suspek berusia 40 tahun di sebuah rumah sekitar Banting pada 13 Januari lalu kira-kira pukul 2.15 pagi.

Tambah Ahmad Ridhwan, polis bagaimanapun menerima maklumat daripada HTAR memaklumkan mangsa meninggal dunia pukul 2.15 pagi Isnin lalu.

Semakan mendapati mangsa turut mempunyai satu rekod lampu berkaitan kesalahan narkotik.

“Ekoran itu, soal siasat kemudiannya membawa penangkapan seorang lagi suspek berusia 31 tahun juga di sekitar Banting.

“Kedua-dua suspek merupakan pengawal keselamatan dengan salah seorang daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Mereka kini direman selama enam hari,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya kini sedang mengesan dua lagi suspek dipercayai terlibat kes tersebut.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI