fbpx

Lelaki rempuh kedai serbaneka kerana enggan beri beg plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta merempuh sebuah kedai serbaneka di Geoje pada Sabtu lalu. - Bobaedream

SEOUL – Seorang lelaki di Korea Selatan merempuh sebuah kedai serbaneka di Geoje, dalam wilayah Gyeongsang Selatan menggunakan keretanya, selepas permintaannya untuk membeli beg plastik beberapa bulan lalu ditolak oleh pemilik premis itu, kata polis pada Isnin seperti dilaporkan The Korea Herald kelmarin.

Pemandu yang identitinya tidak didedahkan itu ditahan polis di tempat kejadian selain dia dituntut dikenakan dakwaan memusnahkan harta persendirian dan jenayah balas.

Kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) Sabtu lalu, suspek merempuh kedai tersebut menggunakan sebuah kereta, sekali gus merosakkan sejumlah barang dan sebahagian lampu sebelum menyerang pemiliknya.

Pemandu itu dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Polis menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah balas dendam kerana suspek sebelum ini dituduh mencederakan pemilik kedai tersebut secara fizikal pada akhir November tahun lalu.

Ketika itu, suspek telah meminta beg plastik daripada pemilik kedai ketika membeli aiskrim namun, permintaannya ditolak kerana dia mematuhi larangan pemberian plastik seperti diarahkan Kementerian Alam Sekitar. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI