fbpx

Lee Chae-young menangis dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE CHAE-YOUNG

PEMINAT menyuarakan rasa bimbang selepas melihat penyanyi Lee Chae-young menamatkan sesi siaran langsung (live) menerusi Weverse dalam keadaan menangis.

Keadaan tersebut berlaku selepas seorang individu didapati bertindak biadab sehingga berkali-kali melontarkan kata-kata jahat terhadap Chae-young.

Bukan itu sahaja, individu sama juga mengecam setiap anggota kumpulan fromis_9 dengan komen-komen negatif selain mengutuk ibu bapa mereka.

Tidak tahan membaca komen biadab sebegitu, Chae-young dilihat menangis sebelum menamatkan sesi siaran langsung tersebut tanpa sempat berlama-lama menyapa peminat.

Melihat keadaan yang berlaku, peminat mendesak agensi penaung Chae-youg, HYBE agar tidak berpeluk tubuh sebaliknya mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi artis mereka.

“Perkara sebegini (buli) sudah berlaku lebih setahun lalu. Saya percaya HYBE akan ambil tindakan undang-undang terhadap komen jahat tapi mereka patut tahu kejadian ini berlaku,” kata seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI