fbpx

EPL: Pasukan EPL dominasi carta kelab terkaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY kekal menjadi kelab paling kaya di dunia sambil lima lagi kelab lain mendominasi carta kedudukan 10 pasukan tertinggi. – AFP

LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terus mendo­minasi kedudukan kelab terkaya dunia apabila 11 daripadanya berada dalam carta 20 teratas hasil kajian daripada Deloitte Money League.

Analisis itu dilakukan semasa musim 2021/22 dan hasil diperoleh kali ini menjadikan ia adalah kali pertama sesebuah liga menguasai senarai teratas kelab terkaya dalam tempoh 26 tahun.

Juara bertahan, Manchester City berada di kedudukan teratas dengan nilai €731 juta (RM3.4 bilion), mengatasi kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid yang mengumpul kekayaan €713.8 juta (RM3.3 bilion).

Liverpool pula menunjukkan peningkatan ketara, menghuni tangga ketiga daripada tempat ketujuh, manakala Manchester United, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Arsenal melengkapkan senarai kelab Inggeris di kedudukan 10 teratas.

Sementara itu, West Ham United, Leicester City, Leeds United, Everton dan Newcastle United melengkapkan lima lagi kelab Inggeris di kelompok 20 teratas.

Kesemua 20 kelab teratas menghasilkan pendapatan €9.2 bilion (RM42.9 bilion), jumlah ini menunjukkan peningkatan 13 peratus berbanding musim 2020-21 dan faktor kenaikan ini adalah bersandarkan kepada kehadiran semula peminat ke stadium selepas sekatan Covid-19.

Hasil kajian turut mendapati hak media masa hadapan menjadikan Liga Perdana Ing­geris satu-satunya pertandi­ngan dari lima liga utama Eropah yang mencatatkan peningkatan pendapatan yang ketara.

Pengarah Deloitte’s Sports Business Group, Sam Boor, berkata, hasil ini menunjukkan peningkatan ketara daripada pelabur antarabangsa yang mampu menghasilkan keuntungan dan memacu kejayaan dalam padang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI