fbpx

EPL: Tuchel tiada masalah sertai Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL dianggap salah seorang pengurus berprofil tinggi dan dikaitkan dengan tugas di Spurs menggantikan Conte. – AFP

LONDON – Bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dilaporkan bersedia untuk mengambil alih tugas Antonio Conte sebagai pengurus pasukan Tottenham Hotspur yang baharu.

Pengendali dari Jerman itu dipecat oleh Chelsea pada September lalu dan masih belum menandatangani kontrak dengan mana-mana kelab, namun sudah bersedia untuk mendengar sebarang tawaran ketika ini.

Ketika ini, masa depan Conte bersama Spurs dilaporkan dalam keadaan tidak menentu ekoran prestasi pasukan berkenaan menyebabkan Tuchel berminat untuk dinamakan sebagai pengganti.

Kekalahan 0-2 kepada musuh setempat, Arsenal sebelum ini menjadikan masa depan Conte semakin tidak menentu selain pres­tasi mereka juga dilihat agak hambar.

Kontrak Conte berakhir hujung musim ini, namun Spurs memiliki peluang untuk meng­aktifkan perjanjian lanjutan bagi tempoh 12 bulan lagi, tetapi pihak pengurusan kelab dipercayai tidak berminat untuk me­lakukannya.

Bagaimanapun, Tuchel juga dilaporkan ketika ini sedang mempelajari bahasa Sepanyol apabila terdapat khabar angin bahawa beliau sedang dipantau oleh pasukan gergasi La Liga yang tidak didedahkan.

Pengurus berusia 49 tahun itu sudah menikmati karier dalam beberapa liga utama di Eropah apabila menyertai Borussia Dortmund di Jerman, Paris Saint-Germian di Perancis dan Chelsea di England, namun belum pernah ke Sepanyol.

Dalam pada itu, Spurs juga turut dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa pulang bekas pengurusnya, Mauricio Pochettino kembali ke White Hart Lane selepas dipecat oleh PSG sebelum ini dan masih belum terikat sebarang kontrak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI