fbpx

Jabatan Perikanan sita bot, hasil tangkapan RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah bot nelayan yang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan di perairan Langkawi pada semalam. Foto: SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Jabatan Perikanan Negeri Kedah bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Satu menahan dan menyita lima vessel menangkap ikan bersama hasil tangkapan dengan nilai keseluruhan RM1.9 juta.

Kejayaan itu dilakukan menerusi Program Pengawasan, Kawalan dan Pemantauan (MCS) Akta Perikanan 1985 selama lima hari sejak Ahad lalu.

Pengarah Perikanan negeri, Sukri Deris berkata, tiga vessel ditahan di Pulau Langkawi dan dua lagi berhampiran Kuala Kedah dengan hasil tangkapan ikan kira-kira 1,700 kilogram (kg).

Katanya, semua vessel didapati melanggar syarat lesen Jabatan Perikanan iaitu melakukan tangkapan ikan di zon tidak dibenarkan serta menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak mengikut spesifikasi.

“Seramai 20 warga asing berusia antara 25 hingga 65 tahun didapati bekerja di atas vessel tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perikanan Daerah Langkawi di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat vessel yang ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di sekitar perairan Pulau Payar dan Pulau Segantang yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Negara.

“Ada juga yang menggunakan pukat bersaiz kurang daripada ukuran ditetapkan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pada operasi kali ini, tiada vessel yang ditahan kerana didapati mengubah suai tangki minyak bagi kegiatan penyeludupan diesel.

“Kita akan terus melakukan pemeriksaan dan jika kegiatan itu dikesan, vessel akan ditahan di bawah kesalahan melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya.  – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI