fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa Sabah, Sarawak hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang hari ini.

Menerusi laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan, antara kawasan di Sarawak yang sedang menerima taburan hujan tinggi ketika ini adalah Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song dan Kapit).

Sementara itu, di Sabah, melibatkan Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa daerah tersebut sepanjang tempoh yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI