fbpx

Iri hati dengan Elly Mazlein? Dia memang ‘boom’ – Jihan Muse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHAN dan Elly, dua-dua sama hebat di pentas pengacaraan,

PETALING JAYA – Pengacara popular Jihan Muse menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya menyimpan iri hati terhadap kejayaan gaya penyampaian Elly Mazlein yang menggantikan tempatnya sebagai hos program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Jihan yang selama ini dilihat sebagai hos tetap GV bersama Nabil Ahmad sebaliknya akur dengan tuntutan semasa apatah lagi dia bukan dibuang sebaliknya bercuti pantang selepas bersalin.

“Iri hati? Eh, tak adalah. Kerja ni sama sahaja. Bila kita rehat, orang lain ganti. Saya rasa itu kerja masing-masing.

“Tak pernah terbit rasa iri atau apapun. Pada ketika itu pun (GV9), saya sedang cuti. Bukannya saya dibuang kerja atau apa.

“Saya positif sebab inilah kerja kita sebagai pengacara. Kalau bukan yang ini, kita akan ada kerja lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jelas Jihan atau nama sebenarnya, Nuur Jihan Musa lagi, posisinya dalam GV9 digantikan orang yang sangat tepat mengendalikan program hiburan nombor satu tanah air tersebut.

“Sebenarnya, pada waktu saya nak bersalin, GV9 sudah nak mula. Pada awalnya, memang kita ada berbincang sama ada boleh atau tidak sekirangnya siaran dilewatkan tapi tak boleh atas sebab-sebab tertentu.

“Saya cakap minta maaf kepada produksi kerana tak boleh libatkan diri. Untuk pemilihan hos, memang dah agak; kalau bukan Elly Mazlein, Sherry Alhadad.

“Tak kisahlah siapa pun kendalikan asalkan program tu ‘best’. GV dah besar dan saya harap, orang yang mengacarakan menjadikannya terus padu.

“Kita pun tahu Kak Lina (panggilan buat Elly Mazlein) punya kerja bagaimana. Saya gembira program tersebut berjalan lancar ketika ketiadaan saya. Saya sendiri rasa lagi ‘boom’,” ujarnya.

Dalam masa sama, ibu anak dua itu juga enggan memikirkan posisi pengacara untuk edisi terbaharu GV musim 2023. Baginya, penentuan siapa berhak dan layak meneruskan kerancakkan GV hanya boleh ditentukan pihak stesen telesyen.

Selaku pekerja atau selebriti yang  bukan bertaraf pekerja tetap, dia tidak berhak menentukan kedudukannya dalam program tersebut.

“Saya tak berani cakap. kita nak cakap apa, kita makan gaji. Kalau mereka perlukan saya kita buat. Saya positif sahaja,” katanya usai sidang media Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), di sini semalam.

Tahun ini, buat julung kalinya, Jihan diberi kepercayaan mengendalikan acara berprestij tersebut bersama seorang lagi pengacara wanita hebat, Sherry Alhadad.

Terdahulu, nama Elly Mazlein menjadi fenomena ketika mengendalikan GV9 bersama hos asal, Nabil Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI