fbpx

Trailer Pulau kurang sesuai, keputusan di tangan LPF – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI akur dengan sebarang keputusan LPF berhubung tayangan filem Pulau.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengakui, trailer filem sensasi yang sedang hangat diperkatakan ramai, Pulau arahan Euho kurang sesuai untuk tayangan umum.

Fahmi bagaimanapun berkata, keputusan akhir berhubungan penayangan filem berkenaan diputuskan oleh Lapisan Penapis Filem (LPF).

“Tadi saya ditanya oleh wartawan berkenaan trailer filem Pulau.

“Pandangan saya, trailer tersebut kurang sesuai ditayangkan. Namun, keputusan akhir terletak di tangan LPF,” ciapnya ringkas menerusi Twitter.

Ciapan Fahmi atau nama sebenarnya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mendapat reaksi pelbagai orang ramai, termasuk ada yang meminta dirinya tidak mengambil pendekatan bersifat konservatif melibatkan industri kreatif.

“Berhenti mencuba untuk memuaskan hati mereka yang tidak membuang undi untuk anda.

“Kita undi Pakatan Harapan (PH) untuk jadi lagi konservatif berbanding Pas. Baik undi Pas kalau anda bertindak sama dan kowtow (terlalu menunduk) bila berkuasa,” demikian antara luahan yang disuarakan pengguna Twitter terhadap kenyataan Fahmi, 42.

LPF merupakan agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia.

Terdahulu, filem Pulau terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio arahan Euho mencetuskan kontroversi apabila mengandungi adegan panas, selain menampilkan pelakon wanita berbikini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI