fbpx

Piala Dunia: Malaysia ada formula lawan New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara menjalani latihan di Stadium Kalinga semalam sebagai persediaan akhir sebelum bertemu New Zealand sebentar lagi. - FARIZ RUSADIO

BHUBANESWAR – Malaysia mampu mengesahkan status sebagai naib juara Kumpulan C sekiranya dapat menumbangkan New Zealand pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Kalinga sebentar lagi.

Ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj mengingatkan para pemain agar mempercayai kemampuan diri dan rakan sepasukan dalam usaha menjinakkan pasukan ranking kesembilan dunia itu.

“Mereka perlu percaya kepada fizikal dan mental masing-masing. Mereka perlu bermain pada kekuatan diri untuk keluar daripada tekanan New Zealand.

“New Zealand akan keluar bermain agresif dan menekan kita dengan tinggi. Pemain perlu percaya kepada diri dan pasukan kerana itulah formula paling baik untuk menentang New Zealand,” katanya.

Barisan pemain negara di ranking ke-11 dunia itu dilihat berada momentum yang baik dan sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang berdasarkan sesi latihan terakhir di Stadium Kalinga petang semalam.

“Sesi latihan berjalan lebih taktikal dan disiplin. Fokus kita lebih ketara kepada serangan pukulan sudut penalti. Kita cuba tekankan lebih terperinci daripada segi drag flik untuk dapatkan jaringan,” jelas Arul.

Dalam masa sama, Arul berharap pemain baharu dibawa masuk menggantikan tempat Muhammad Shahril Saabah iaitu Shahmie Irfan Suhaimi tidak gentar sekiranya diturunkan menentang New Zealand sebentar lagi.

“Dia seorang pemain yang berkeyakinan tinggi dan mempunyai kebolehan taktikal untuk menyerang. Saya nak dia menikmati saat-saatnya dalam padang nanti,” ujarnya.

Aksi menentang New Zealand sebentar lagi bakal menjadi penampilan pertama Shahmie bersama skuad senior negara di peringkat antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI