fbpx

Kerajaan tidak akan berkompromi dalam segala bentuk rasuah – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Intergriti, Governance, dan Anti Rasuah, di Institut Intergriti Malaysia, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan segala bentuk rasuah dan penyelewengan terutama ketika negara dalam fasa penyusunan semula dan pembaharuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penekanan kepada nilai integriti dan tata kelola yang baik didalam pentadbiran organisasi merupakan antara tonggak utama kerajaan.

Katanya, ia kerana melaluinya amalan ketelusan dan kebertanggungjawaban dapat menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat.

“Kerajaan hari ini komited untuk menerapkan nilai integriti dan tadbir urus yang baik dalam rangka kerja masyarakat, kedua-dua komponen tersebut saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 di sini malam ini.

Ujarnya, kekurangan salah satu daripada tonggak berkenaan akan menyebabkan kepincangan ekosistem pengurusan sesebuah organisasi, syarikat dan negara.

“Organisasi korporat juga hendaklah komited untuk meningkatkan penerapan nilai integriti dan tata kelola baik melalui pengukuhan sistem kawalan dalaman serta aktiviti yang menyokong kepada usaha pencegahan rasuah.

“Pelaksanaan ini seiring dengan sasaran United Nation (UN) Sustainability Development Goals (SDG) dibawah sasaran ke-16: keamanan, keadilan dan Institusi yang kukuh,” ujarnya.

Tambahnya, gandingan integriti dan tata kolelola juga mampu menjana produktiviti sesebuah syarikat dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Lanjutan itu, syarikat-syarikat asing dan domestik juga akan semakin yakin untuk melabur dalam negara ini disamping mencipta peluang-peluang pekerjaan baharu untuk rakyat,” katanya.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu juga berkata, kerajaan akan terus memberikan komitmen terhadap agenda pemantapan integriti dan tata kelola baik, melalui pemantapan Institut Integriti Malaysia (IIM).

Katanya, ia susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 19 September tahun lalu berhubung penilaian semula hala tuju IIM.

“Peranan IIM kini telah diperkukuhkan berdasarkan tiga fungsi teras utama merangkumi aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan, Penyelidikan dan Penerbitan serta Kerjasama Strategik,” katanya.

Fadillah berharap kesemua inisiatif dibawah agenda reformasi Kerajaan Perpaduan akan dapat meningkatkan reputasi Malaysia sebagai negara mementingkan integriti dan professionalisme dikalangan tenaga kerja dan institusi selain mempertahankan kepentingan rakyat dan menjunjung nilai demokrasi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap, penganjuran AIGA dapat dijadikan sebagai salah satu program “flagship” tahunan terutama dalam konteks pemantapan integriti dan tata kelola baik negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI