fbpx

Haus Cosmetics pernah alami kerugian sehingga RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazimah (kiri) pada majlis menerima anugerah Super Brand di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Siapa sangka kegagalan dalam mengoperasikan kilang pembuatan produk kosmetik pada tahun 2016 sehingga melibatkan nilai kerugian hingga RM2 juta telah memberi hikmah kepada pengasas syarikat GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd. untuk terus mencipta nama dalam industri tersebut masa kini.

Berbekalkan semangat dan usaha yang gigih, pengasas jenama produk syarikat tersebut, Haus Cosmetics, Norazimah Jalil  bangkit semula dan kini berjaya memiliki tiga buah kilang pembuatan.

Usahawan tersebut berkata, kegagalan yang berpunca daripada masalah teknikal khususnya dalam aspek bancuhan bahan untuk pembuatan kosmetik sehingga menyebabkan ia tidak mencapai piawaian pelanggan, telah memberi banyak pengajaran buat dirinya.

“*Gagal sekali, bukan bererti gagal selamanya. Tapi kita perlu bangkit, konsisten dan fokus dengan impian yang mahu digapai. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun setiap yang terjadi terselit hikmah bermakna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

 Beliau menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk keluarannya dan mengajar masyarakat tentang penggunaan bahan, teknologi dan cara menggunakan produk kosmetik dengan selamat.

Lebih menarik, pada tahun 2021, syarikat telah melancarkan produk terbaharunya, Magicpink Compact dan berjaya mencatat jualan sehingga 100,000 unit melalui usaha gigih kakitangan dan ejen-ejennya di seluruh negara.

“Kini kami yakin, produk terbaharu syarikat iaitu suplemen Beaubright bakal mencatat rekod jualan yang baik kerana faktor kualitinya ekoran kerjasama syarikat dengan saintis dari Switzerland iaitu Dr. Fred Zullie,” jelasnya sambil menambah syarikat telah mendapat anugerah daripada Superbrand dan Nona Superwoman Award baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI