fbpx

MBPP sediakan tapak sementara untuk peniaga di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah premis nasi campur yang terbakar di Astaka Stadium Bandaraya, George Town

GEORGE TOWN – Kesemua aktiviti perniagaan melibatkan 18 peniaga di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya di sini dihentikan serta-merta sehingga dimaklumkan kelak susulan kebakaran yang memusnahkan lapan lot premis di situ awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pihaknya akan menyediakan tapak sementara kepada semua peniaga terlibat untuk menjalankan perniagaan.

”Dukacita dimaklumkan bahawa satu kejadian kebakaran telah berlaku di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak.

”Atas faktor keselamatan, semua aktiviti perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak yang melibatkan seramai 18 peniaga dihentikan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI