fbpx

Black Sticks mahu lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAM HIHA (tengah) bakal menjadi sandaran utama pasukan New Zealand apabila berdepan Malaysia di Stadium Kalinga hari ini.

BHUBANESWAR – New Zealand menganggap aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia Hoki 2023 menentang Malaysia di Stadium Kalinga hari ini amat penting ke­rana ia akan menentukan nasib mereka di pusingan kedua.

Ketua jurulatih The Black Sticks, Greg Nicol mahu anak-anak buahnya menewaskan Malaysia bagi mengesahkan ke­dudukan tempat kedua Kumpulan C ke peringkat crossover yang akan bermula Sabtu ini.

Justeru, beliau berharap barisan pemainnya bangkit dari­pada kekecewaan susulan kekalahan teruk 0-4 kepada Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada Isnin lalu.

“Kami pernah datang ke Bhubaneswar untuk saingan Liga Pro FIH tidak lama dahulu dan sekarang kami kembali lagi ke sini. Pasukan kami menikmati setiap perlawanan di Piala Dunia ini.

“Saya berharap kami dapat beraksi dengan baik dalam perlawanan terakhir nanti dan sudah tentu tamatkannya dengan langkah kemenangan,” kata pe­ngendali yang berasal dari Afrika Selatan itu.

New Zealand di ranking No. 9 dunia, ketika ini menduduki tangga kedua menerusi kelebihan perbezaan jaringan selepas terikat tiga mata sama dengan Malaysia di kedudukan ketiga.

Dua pemain iaitu kapten, Sam Lane dan Sam Hiha menjadi sandaran utama wakil benua Oceania itu untuk menjaringkan gol ke atas Malaysia dalam pertemuan hari ini.

Sebagai rekod, pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan New Zealand menang 3-1 ke atas Malaysia se­waktu saingan Ready Steady Tokyo sempena Olimpik Tokyo 2020 pada 20 Ogos 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI