fbpx

Mahkamah: Buruh perkosa adik perempuan dipenjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) dipenjara 10 tahun kerana merogol adik perempuannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang buruh memperkosa adik perempuannya sebanyak dua kali tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman tersebut selepas tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan bersalah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja lelaki tersebut didakwa memperkosa adik perempuan kandungnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus antara pukul 2 sehingga 3 petang pada Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun mengikut Seksyen 91(1)(h) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan terkutuk tersebut terhadap adik perempuan kandungnya di lokasi sama pada pukul 3.30 petang. 5 November lalu.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan bagi pertuduhan kedua berkenaan.

Mahkamah memerintahkan remaja lelaki berkenaan menjalani hukuman bagi kedua-dua pertuduhan tersebut secara serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 9 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI