fbpx

Piala Dunia: Arul pilih Shahmie ganti Shahril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHMIE (tiga dari kiri) menyertai sesi latihan skuad hoki negara di Stadium Kalinga hari ini menjelang aksi menentang New Zealand esok. - FARIZ RUSADIO

BHUBANESWAR – Penyerang muda berusia 20 tahun, Shahmie Irfan Suhaimi mendapat ‘durian runtuh’ apabila dipilih ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj menggantikan tempat Muhammad Shahril Saabah.

Arul memilih Shahmie berbanding seorang lagi pemain simpanan, Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd. Rahim dalam barisan 18 negara untuk aksi terakhir Kumpulan C menentang New Zealand di Stadium Kalinga petang esok.

Khidmat Shahril, 28, terpaksa diketepikan selepas penyerang dengan 150 kaps antarabangsa itu mengalami kecederaan hamstring kaki kiri ketika menewaskan Chile 3-2 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela kelmarin.

SHAHRIL duduk di tepi padang memerhatikan rakan sepasukan menjalani sesi latihan akhir sebelum bertemu New Zealand di Stadium Kalinga esok. – FARIZ RUSADIO

“Saya sudah membuat keputusan dan memilih Shahmie menggantikan tempat Shahril yang mengalami kecederaan,” kata Arul selepas tamat sesi latihan di Stadium Kalinga sebentar tadi.

Ia bermakna Shahmie yang berasal dari Negeri Sembilan, bakal membuat debut antarabangsa dalam kariernya bersama skuad senior apabila turun menentang The Black Sticks petang esok.

Kemenangan ke atas New Zealand amat penting kerana ia boleh menjamin kedudukan kedua buat skuad negara dalam saingan Kumpulan C sebelum melangkah ke pusingan cross over pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI