fbpx

Ribut petir di Sabah, Sarawak sehingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Ribut Petir melibatkan wilayah Sabah dan Sarawak sehingga malam ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di Sabah dan Sarawak.

“Di Sarawak, kawasan-kawasan yang terlibat meliputi daerah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

“Manakala, bagi wilayah Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), dan Tawau (Lahad Datu),” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka akan berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my, semua media sosial Jabatan dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI