fbpx

Guru rugi lebih RM100,000 terpedaya PTW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seorang guru berputih mata apabila wang simpanan sebanyak RM105,461 miliknya lesap selepas terpedaya dengan Pinjaman Tidak Wujud (PTW) yang dilihatnya di laman media sosial Facebook, 24 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa akhirnya menyedari dirinya terjebak dalam penipuan setelah melakukan 30 transaksi ke atas 12 akaun bank dengan nama pemilik akaun berbeza dan membuat laporan polis hari ini di Balai Polis Bahau.

Menurutnya, semasa di kediamannya, mangsa iaitu seorang wanita telah terbaca satu pautan iaitu Rakan Mas Credit Finance.

“Mangsa telah tertarik dengan pautan berkenaan dan bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000.00 dengan menghantar salinan kad pengenalan dan slip gaji melalui nombor WhatsApp 0111-51503204 serta berhubung dengan individu bernama Elwin dan 013-9650255 dengan individu bernama Allen.

“Tidak lama selepas menyerahkan dokumen tersebut pengadu telah diberitahu bahawa pinjaman telah lulus dan perlu membuat bayaran duti setem, yuran proses, yuran perjanjian dan yuran internet,” katanya, dekat sini, tadi.

Aibee berkata, mangsa telah membuat bayaran melalui pemindahan duit secara atas talian ke 12 akaun bank yang berbeza-beza sebanyak 30 kali tranksaksi berjumlah RM105,461.00 .

Menurutnya, mangsa merasakan tertipu kerana salah seorang yang berhubung dengannya dengan nama Allen sering meminta memasukkan wang.

“Mangsa akhirnya tidak melayan permintaan berkenaan dan segera membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI