fbpx

Lantikan politik perlu ada kelayakan berkaitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri menegaskan lantikan politik di Perak perlu mengikut kelayakan dan kemahiran bagi mengisi jawatan yang ditawarkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, seseorang yang dilantik atas lantikan politik perlu ada kelayakan serta kemahiran dengan jawatan berkaitan bukan ahli politik semata-mata.

“Kita tidak mahu diperlihatkan bahawa lantikan politik ini adalah melantik orang politik sahaja. Apa yang penting adalah seperti mana di peringkat persekutuan juga orang yang dilantik ini adalah orang-orang yang mempunyai kelayakan.

“Tidak semestinya orang politik tetapi orang itu adalah orang yang mewakili parti perlu ada kelayakan dan kemahiran dengan jawatan yang diberi,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI