fbpx

Dua lelaki Rohingya maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki Rohingya maut dalam kemalangan di hadapan Masjid Titi Teduri, Baling pada pagi ini.

BALING – Dua lelaki Rohingya maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah lori dalam kejadian di hadapan Masjid Titi Teduri di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.25 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Abdul Rokim Abul Kalam, 29, dan rakannya, Nozir Ahmed Ali Ahmed, 62, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa terbabit dalam perjalanan dari arah Baling ke Kupang.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, sebuah lori jenis Daihatsu dipandu lelaki berusia 26 tahun keluar dari simpang di sebelah kiri jalan.

“Akibat tindakan pemandu lori itu, Abdul Rokim yang menunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar sisi hadapan sebelah kanan lori,” katanya di sini hari ini.

Shamsudin berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah pada anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI