PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan sekitar Kepulauan Borneo petang ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan MetMalaysia, amaran tersebut melibatkan daerah Kuching, Betong, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Limbang (Lawas) di Sarawak.
“Manakala, bagi wilayah Sabah pula merangkumi daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial Jabatan dan aplikasi myCuaca untuk mendapatkan informasi sahih dan terkini. – KOSMO! ONLINE