fbpx

Op Dadu: 16 kaki judi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA individu yang ditahan dalam Op Dadu di sebuah premis di Bercham, Ipoh semalam.

IPOH – Seramai 16 lelaki ditahan kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di Bercham di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan menerusi Op Dadu itu dijalankan pada pukul 10.30 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Katanya, dalam serbuan itu, beberapa barang yang digunakan untuk kegiatan perjudian dirampas bersama wang tunai berjumlah RM8,002.

“Kesemua individu yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun. Siasatan awal mendapati, mereka baharu sahaja menjalankan aktiviti perjudian di premis berkenaan.

“Kesemua yang ditangkap kini direman sehingga Jumaat ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001),” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI