fbpx

[VIDEO] Shikin Maembong kongsi kisah jadi isteri kedua, hidup bermadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shikin ketika berkongsi pengalaman sebagai isteri kedua menerusi video di TikTok.

PETALING JAYA – Kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong berkongsi pengalamannya sebagai isteri kedua dan kehidupan seorang madu.

Katanya, tanggunggjawab sebagai isteri kedua adalah tidak mudah dan perkahwinan kongsi itu bukan sesuatu kelebihan.

Shikin menerusi perkongsian video di TikTok baru-baru ini mengakui dirinya terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri temasuklah mengerjakan solat.

“Saya tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai.

“Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (sambutan hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa. Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir,” kongsinya.

Sebagai info, Shikin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz atau nama sebenarnya Nadzri Redzuawan pada 2014 dan dikurniakan seoang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.

Perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan sehingga 2016, kemudian Shikin berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya dan memilih menjadi isteri kedua.

Menurut Shikin, sebagai isteri kedua, banyak perkara yang perlu dia mengalah walaupun perkahwinannya itu mendapat keizinan isteri pertama.

“Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau suami tak balik rumah,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

@shikin_maembong Sape suruh? Kan da kene tinggal 🥹 #divorce #fyp #CapCut #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #binikedua #singlemom #memories #singleisbetter #imfree ♬ suara asli – hierapsz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI