fbpx

KPDN Sarawak rampas 13,000 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDN memeriksa tong yang berisi minyak diesel

KUCHING – Lebih 13,000 liter diesel bersama peralatan dengan anggaran nilai sebanyak RM30,000 dirampas daripada sebuah gudang yang disyaki menyimpan barang kawalan tanpa lesen atau permit berdekatan Lorong Sabor, di sini.

Rampasan dibuat dalam serbuan yang dijalankan oleh seramai 10 Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak pada pukul 5.30 pagi tadi.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata turut ditahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki penjaga gudang penyimpanan diesel itu.

“Serbuan dijalankan hasil risikan dan siasatan yang telah dibuat oleh Pegawai Penguat Kuasa, KPDN Kuching sejak dua minggu lepas.

“Hasil serbuan mendapati suspek yang ditemui di lokasi tidak mempunyai sebarang lesen atau permit khas atau surat kebenaran dari pengawal bekalan bagi berurusan dengan barangan kawalan berjadual,” katanya menerusi satu kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI