fbpx

By Chefiza sasar jualan RM32 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Nurul Hafizah (kiri) bersama Ummi Nazeera (tengah) pada majlis pelantikan duta baharu di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – By Chefiza Sdn. Bhd. (By Chefiza) pengeluar produk Muslimah berjenama (BCF), mengunjurkan jualan pelbagai produk keluarannya seperti tudung, stoking, stoking tangan, inner neck dan snowcap mencecah kepada RM32 juta pada tahun ini.

Pengasas syarikat, Che Nurul Hafizah Che Zulkifli berkata, berbanding tahun lalu, jualan yang dicatat adalah sebanyak RM28 juta dan peningkatan ini bakal disumbangkan daripada aktiviti promosi yang dipertingkatkan pada tahun 2023, pertambahan bilangan pengedar dan juga strategi pemasaran yang lebih efektif melalui program Go To Market.

Menurut beliau, program promosi pada tahun ini juga lebih menarik kerana syarikat telah melantik duta baharu iaitu artis Ummi Nazeera bagi membantu mengukuhkan lagi rangkaian pengedarannya di seluruh negara.

“Melalui kempen hari raya yang akan bermula tidak lama lagi, kami yakin pengedar BCF yang kami gelar mereka sebagai reseller akan lebih aktif membantu mengedarkan produk keluaran syarikat selain membantu me­ningkatkan hasil jualan sepanjang musim perayaan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelantikan duta baharu BCF selain melancarkan kempen ‘Buat Duit Raya Bersama BCF’ di sini baru-baru ini.

Che Nurul Hafizah menerangkan, komitmen pengedarnya di bawah komuniti reseller yang melibatkan sehingga 13,000 ejen di seluruh negara membantu meningkatkan jualan syarikat sejak ia mula beroperasi pada tahun 2019.

Syarikat yang beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan dan memiliki sebuah kilang pengeluaran di Pengkalan Chepa dengan disokong oleh lebih 60 tukang jahit itu memiliki enam buah cawangan di seluruh negara.

BCF yang pernah mencatat jualan snowcap tular sehingga satu juta helai pada fasa awal pengoperasiannya memiliki kelainan dalam penghasilan produk tudung dan keluaran lain yang mementingkan fabrik yang diinovasikan dengan teknologi moden serta kualiti produk agar dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Syarikat yang menawarkan produk jualan antara RM10 hingga RM49 seunit itu bakal melahirkan lima jutawan BCF pada tahun ini hasil bimbingan dan komitmen komuniti resellernya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI