fbpx

‘Hanya OKU tak buang sampah lepas makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis yang ditampal di atas meja sebuah kedai serbaneka popular di NU Sentral.

PETALING JAYA – Tular notis di sebuah kedai serbaneka popular di NU Sentral yang dikatakan seperti menghina orang kelainan upaya (OKU) apabila menyifatkan golongan tersebut seolah-olah pengotor.

Menerusi ciapan pengguna Twitter, Jalal Misai semalam, dia memberitahu seorang kenalannya mengirimkan gambar notis yang ditampal di atas meja kedai tersebut.

“Tolong buang sampah lepas makan, hanya OKU tak buag lepas makan,” tulisan pada notis itu.

Terkesan dengan perumpamaan tersebut, pengguna Twitter berkenan mempersoalkan tindakan pihak kedai terbabit walaupun secara mesranya notis itu bagi mengingatkan pelanggan untuk tidak meninggalkan sampah makanan di atas meja.

“Ada orang mesej bagi gambar ini maghrib tadi (semalam).

“Nak bagi peringatan kepada pelanggan, tak ada masalah. Tapi perlu ke buat perumpamaan seolah menghina golongan OKU begini?,” soalnya.

Tambahnya lagi, sekiranya notis pemberitahuan itu menggunakan ayat seperti ‘hanya OKU tak perlu buang sampah’, kemungkinan besar pihak kedai tidak mahu membebankan golongan tersebut.

Namun, penggunaan bahasa yang ditulis itu langsung tidak sesuai dan sengaja memperlekehkan golongan OKU.

“Masalahnya OKU pun tahu buang lepas makan. Bila masa pula ‘hanya OKU tak buang lepas makan’ seperti yang dinyatakan itu?.

“Kalau dia tulis ‘hanya Melayu tak buang lepas makan’, mesti bergegar satu Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, ciapannya turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter yang lain dan rata-ratanya meluahkan rasa kesal serta mengecan tindakan pihak kedai serbaneka terbabit.

“Pengotor sangat kah orang OKU macam kami ini? Sampai dilabel tak reti buang sampah makanan sendiri,” soal Syaibul.

“Banyak juga kedai-kedai sedia ada gunakan kekurangan OKU untuk dijadikan mesej peringatan buat yang lain.

“Sedangkan ramai OKU berjuang untuk nampak normal macam orang lain,” kata Ainiza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI