fbpx

Neymar galas harapan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR terpaksa menggalas tugas memecahkan benteng United apabila beberapa pemain tonggak PSG masih belum cergas. – AFP

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel mendedahkan pemain bintang, Neymar sempat cergas sepenuhnya menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Parc des Prin­ces awal pagi esok.

Difahamkan, Neymar me­ngalami kecederaan ketika ber­aksi bersama Brazil pada aksi kelayakan Piala Dunia sebelum ini dan tidak diturunkan ketika bertemu Nimes Jumaat lalu.

Bagaimanapun, bekas pemain Barcelona itu dijangka berada dalam kesebelasan utama PSG menentang The Red Devils esok.

“Neymar tidak berdepan sebarang masalah ketika ini kerana saya sudah bercakap dengannya. Bagaimanapun, saya tidak turunkan dia berdepan Nimes kerana mahu dia berehat.

“Sudah tentu dia akan bersama pasukan untuk jalani latihan sebagai persiapan menje­lang aksi menentang Manchester United. Dia akan berada dalam kesebelasan utama,” kata Tuchel.

Khidmat Neymar amat dita­gih juara Liga Perancis itu memandangkan dia sudah menampilkan aksi terbaik bagi saingan musim ini apabila sudah meledak dua gol dalam tiga penampilan.

Meskipun Neymar dapat diturunkan, namun PSG tetap berada dalam dilema apabila Mauro Icardi, Marco Verratti, Marquinhos dan Julian Draxler dilaporkan belum cergas sepenuhnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI