fbpx

Dedah kisah mengurat, suami Fatin Afeefa dapat ‘perhatian’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN AFEEFA bersama suaminya. Aliff Awang.

PETALING JAYA – Nama suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila mendedahkan si isteri sebenarnya yang lebih banyak berusaha memenangi hatinya ketika awal perkenalan mereka.

Dedah Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, sukar untuk Fatin mendapat perhatian penuh daripadanya.

“Saya jawab jujur, untuk Fatin dapat perhatian saya sepenuhnya, memang sukar.

“Sebab kalau anda menjadi lelaki yang dominan, tegas, berprinsip dan tidak menggunakan emosi apabila membuat keputusan, perempuan akan lebih tertarik,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Dalam video sama, dia juga mengakui mengurat Fatin tetapi tidak perlu melakukan banyak usaha berbanding pelakon filem Tentang Bulan itu.

“Jadi, masa saya nak memikat Fatin, tidak ambil banyak usaha sangat pun. Fatin yang banyak berusaha.

“Dia lagi banyak ‘effort’ supaya saya tidak ‘follow’ atau mengurat perempuan lain.

“Bila anda jadi lelaki sejati, fasa mengurat itu akan jadi mudah,” katanya lagi.

Perkara tersebtu dikongsi Opai selepas menerima pertanyaan daripada netizen mengenai pengalamannya mengurat isterinya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang menyokong tetapi terdapat juga mengecamnya.

“Pada awal perkahwinan, rasa macam okey tetapi lama-kelamaan menyampah pula,” komen netizen.

“Fatin tidak terasa apa-apa ke bila suami cakap begitu? Kalau aku dah sentap tujuh keturunan,” kata netizen lain.

Sejak berkahwin, Aliff dan Fatin kerap menjadi bahan bualan netizen selepas tular apabila berkongsi tentang gigitan cinta (love bite) dan pengakuan pilih suami kerana kacak berbanding kekayaan.

Sebagai info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 31 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di Subang Jaya.

Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI