fbpx

Planet ‘Bumi Kedua’ boleh dihuni ditemui NASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASA telah berjaya menemui sebuah planet mirip Bumi di luar sistem suria.

SEBUAH planet luar sistem suria atau eksoplanet yang disebut ‘Bumi Kedua’ ditemui oleh pakar dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Laman rasmi NASA menjelaskan, planet tersebut bernama TOI 700 dan ditemui melalui satelit Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS).

Sejak dilancarkan pada April 2018, TESS telah menemui 285 planet eksoplanet.

TOI 700 adalah salah satu daripada ratusan planet tersebut dan mempunyai ukuran mirip 95 peratus Bumi dan berada di lokasi zon boleh dihuni di rantaunya.

Zon boleh dihuni merupakan sebutan yang digunakan pakar dalam melabelkan planet eksoplanet mempunyai jarak yang aman dari bintangnya.

Jarak aman tersebut memungkinkan ia berpermukaan, mudah muncul dan dikesan.

Ahli astronomi, Emiliy Gilbert berkata, planet ini diketahui lebih tenang tanpa aktiviti yang boleh memusnahkan kehidupan di sekitar.

“Dalam dua tahun penuh, berdasarkan data yang kami ada dari TESS, kami tidak melihat ‘lidah api optik’ di planet ini. Ia hanyalah salah satu daripada planet zon boleh dihuni yang kita ketahui,” katanya.

Tambahnya, hal ini membuatkan TOI 700 menjadi prospek yang menarik untuk diterokai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN