BEIJING – Seorang peniaga online lelaki di China menjadi perhatian orang ramai kerana menggunakan cara unik menjual kasut tumit tinggi iaitu dengan menggayakan sendiri produk tersebut, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu dilaporkan berasal dari wilayah Sichuan.
Oleh kerana cara perniagaan penstriman live menerima saingan amat sengit di China, dia mencuba idea luar biasa iaitu menggayakan sendiri kasut tumit tinggi yang dijual.
Dia bukan sekadar menggayakan kasut tersebut bahkan turut memuat naik gambarnya berlari sambil memakai pelbagai jenis produk itu.
Kaedah unik itu berjaya menarik minat orang ramai dengan penjual berusia 41 tahun tersebut berjaya menarik 1.2 juga pelanggan di laman TikTok sahaja.
Dia juga berjaya menjana jualan bulanan kira-kira 6 juta yuan (RM3.8 juta).
Lelaki sama sebelum ini dikatakan pernah cuba menjual kek dan kain langsir, namun gagal dalam usaha memasarkan produk tersebut. – Agensi