fbpx

Amaran hujan berterusan di negeri Pantai Timur sehingga Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang (Kuantan) bermula Jumaat ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, cerapan cuaca mendapati hujan berterusan itu dijangka berlarutan sehingga ke Ahad ini.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan dan Rompin), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) bermula Khamis sehingga Sabtu ini,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat sehingga pukul 7 malam ini.

Walau bagaimanapun, keadaan cuaca di kawasan lain di sekitar Semenanjung termasuklah Sarawak dilaporkan dalam keadaan baik ekoran tiada amaran hujan lebat dikeluarkan.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI