fbpx

Thailand puas jadi pasukan No.1 Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THAILAND dinobatkan sebagai juara Piala AFF 2022 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 3-2 pada aksi kelmarin. – AFP

PASUKAN Thailand melakar sejarah tersendiri apabila menjulang trofi Piala AFF edisi 2022 dengan menewaskan seteru tradisi, Vietnam dengan keputusan agregat 3-2 pada perlawanan final yang berakhir semalam.

Sebagai rekod, skuad Thailand memiliki sedikit kelebihan selepas berjaya mengikat pasukan Naga Emas 2-2 pada aksi final pertama di Stadium My Dinh, Hanoi, Jumaat lepas.

Namun, pasukan Gajah Perang mempamerkan prestasi terbaik untuk melakar kemenangan 1-0 pada aksi final kedua di Stadium Thammasat kelmarin hasil jari­ngan tunggal yang dilakukan oleh Theerathon Bunmathan.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Thailand mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2020 dan menjulang trofi ketujuh Piala AFF sejak penganjuran pertama bermula 1996.

Ketua Jurulatih Thailand, Alexandre Polking mengakui puas dapat membantu pasukan bergelar juara dengan kini tumpuan sepenuhnya adalah untuk mempersiapkan pemain sebelum mengharungi kempen Piala Asia 2023 nanti.

“Kita berjaya bergelar juara sekali lagi dan kemenangan ini membuktikan Thailand adalah pasukan No. 1 di Asia Tenggara.

“Selepas ini adalah peluang terbaik buat kami membuktikan keupayaan khususnya di pentas Piala Asia kerana bakal menentang pasukan berkualiti seperti Jepun, UAE (Emiriyah Arab Bersatu) dan Korea Selatan,” kata­nya.

Sementara itu, pengendali Viet­nam, Park Hang-seo me­ngakui terkilan gagal membantu pasukan menjulang trofi Piala AFF pada perlawanan terakhir­nya selepas kontrak berakhir sejurus tamat kejohanan ini.

“Saya ucapkan tahniah buat skuad Thailand dan Polking atas kemenangan ini. Secara peribadi, saya mahukan kejuaraan untuk dihadiahkan kepada peminat kami dan maaf kerana impian tersebut tidak dapat direalisasikan,” katanya.

Skuad Harimau Malaya sebelum ini tewas di peringkat separuh akhir kepada Thailand de­ngan keputusan agregat 1-3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI