KECOH dalam laman sosial sebuah video memperlihatkan penyanyi Dikta mengerang kesakitan selepas menjayakan persembahan pentas.
Dalam video tersebut, kelihatan vokalis kumpulan Yovie & Nuno itu berjalan terbongkok-bongkok gara-gara menahan sakit di bawah perutnya.
Menerusi kapsyen pada video yang tersebar, penyanyi itu mengalami rasa tidak menyenangkan apabila alat sulitnya dipegang seorang penonton.
Sementara itu, beberapa video yang tular dalam TikTok memberitahu, Dikta hanya sempat menyanyikan tiga buah lagu sebelum acara itu ditamatkan awal gara-gara terlalu sesak dengan penonton.
“Kasihan Dikta diasak sana-sini, akhirnya persembahan terpaksa dihentikan dan majlis dibubarkan kerana penonton terlalu padat,” ujar kapsyen di TikTok.
Tidak sekadar diasak penonton yang hadir, ramai juga cuba mengambil kesempatan meraba-raba tubuhnya.