fbpx

‘Isteri mati dipijak gajah, rumah pula hampir roboh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah lama Nasir yang dilanggar kawanan gajah liar bulan lalu sudah tidak selamat didiami di Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis.

LIPIS – Kesedihan hilang isteri akibat dipijak gajah belum pun terubat, kini seorang bapa terpaksa membawa tujuh anaknya menumpang teduh di rumah saudara berikutan kediaman mereka di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini hanya menunggu masa untuk roboh.

Nasir Gelahok, 41, berkata, rumah kayu dinding buluh itu tidak stabil berikutan ‘dilanggar’ kawanan gajah dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi pada 6 ­Disember lalu yang mengorbankan is­terinya, Wak Angkat Yok Tong, 39.

Wak Angkat mengalami kecederaan parah pada anggota badan selepas dipijak binatang liar berkenaan ditemui di kawasan pokok pisang tidak jauh dari rumah mereka.

Nasir berkata, dia tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli peralatan binaan kerana masih belum bekerja sejak kejadian ngeri bulan lalu berikutan takut diserang gajah liar.

“Anak perempuan selalu me­rungut dan meminta untuk kembali ke rumah kami, namun strukturnya tidak kukuh dan hampir roboh.

“Saya tidak boleh membawa anak pulang mendiami di rumah lama kerana memikirkan kese­lamatan mereka selain tidak mahu tragedi ngeri berkenaan berulang,” katanya.

Berita berkaitan: Ibu tujuh anak mati dipijak gajah liar

Berita berkaitan: ‘Pindahkan gajah atau kami akan mati dipijak lagi’

Menurut Nasir, mereka sekeluarga masih trauma dan bersedih atas kehilangan Wak Angkat yang maut dipijak gajah liar.

“Anak sering bertanya hal ini (ibu) ketika makan dan hendak tidur kerana mereka masih belum boleh me­nerima hakikat kejadian tersebut,” ­jelasnya.

Sehubungan itu, Nasir memohon kerajaan atau mana-mana pihak membantu membina sebuah rumah baharu di tempat yang lebih selamat di kampung tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI