fbpx

14 lori bawa lebih muatan di Tumpat disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ memeriksa sebuah lori yang membawa lebih muatan semasa operasi khas JPJ di Kampung Geting, Tumpat semalam. FOTO IHSAN JPJ

TUMPAT – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan notis saman terhadap 14 buah lori yang membawa muatan melebihi had ditetapkan dalam operasi khas di Kampung Geting di sini semalam.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, saman dikeluarkan selepas anggota JPJ memeriksa 40 buah kenderaan termasuk lori bermula pada pukul 6 pagi hingga 7 malam.

Menurutnya, 14 kenderaan berat yang disaman itu melibatkan lori membawa muatan batu dan pasir.

“Selain itu, kita turut mengeluarkan kompaun terhadap sebuah lori mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Kesemua 14 lori yang membawa lebih muatan itu dikompaun mengikut Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukan hukuman denda minimum RM5,000 sehingga RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, sebanyak 46 notis melibatkan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikeluarkan kepada kenderaan lain sepanjang operasi itu.

Katanya, JPJ sentiasa menjalankan operasi terutamanya apabila menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan lori membawa lebih muatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI