fbpx

Tukang masak rogol, hasil gambar pornografi remaja dijel 15 tahun, 10 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Ilham (tengah) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini. - Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Tukang masak warga Thailand dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang remaja dan memiliki gambar lucah pada Oktober lalu.

Tertuduh, Ilham Wedue-Oh, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah kedai makan di sini dan didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan sebatan.

Ilham turut didakwa terbabit dalam penghasilan pornografi kanak-kanak dengan mangsa sama menggunakan telefon bimbit di lokasi dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan tidak memiliki pas perjalanan sah bagi memasuki Malaysia.

Terdahulu, Ilham dalam rayuannya memohon mahkamah agar mengurangkan hukuman ke atasnya.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi pertuduhan rogol manakala penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi penghasilan pornografi.

Hakim turut menjatuhi hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan tidak memiliki pas perjalanan yang sah. Kesemua hukuman itu diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI