fbpx

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2022 dibuka untuk semakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Orang ramai kini boleh menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2022 (DPT BLN12/2022) yang telah diperakui semalam dan diwartakan serta dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini sehingga 15 Februari depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, DPT BLN12/2022 mengandungi nama bagi 39,489 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Disember hingga 31 Disember 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

“Turut dibuka untuk semakan menerusi DPT BLN12/2022 adalah nama 13,759 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,029 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

“Warganegara berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Disember tahun lalu serta mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status diseru untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN12/2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN12/2022, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C secara online di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berkenaan.

“Semakan boleh dibuat menerusi pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; aplikasi online https://myspr.spr.gov.my; atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Pemilih berdaftar yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya juga boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat PRN yang berkenaan,” ujar beliau.

Tambah Ikmalrudin, Borang C dan Borang D boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat PRN di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PRN berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN12/2022.

“Maklumat lanjut mengenai urusan semakan DPT BLN12/2022 boleh didapati dengan melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat PRN,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI