fbpx

Irene diketawakan kumpulan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRENE

MESKIPUN bergelar artis terkenal, namun keinginan penyanyi Irene untuk membeli barangan kesukaan sama ada di kedai fizikal mahupun secara dalam talian tetap tinggi.

Menerusi satu temu bual bersama Vogue TV, Irene mendedahkan, dia pernah ditipu penjual dalam talian ketika dia membeli sepasang selipar.

Bagaimanapun, keadaan sebenar barangan yang dibelinya itu jauh daripada apa yang dilihat dalam akaun penjual berkenaan.

“Saya pernah membeli barang secara dalam talian, seperti contoh sepasang selipar. Ketika itu, saya membeli selipar berwarna hitam.

“Selepas barang itu sampai, saya tengok warnanya jauh tersasar daripada apa yang saya harapkan sebelum pembelian dibuat.

“Sukar untuk saya gambarkan warna itu tetapi ia kelihatan kebiru-biruan,” ujarnya sambil ketawa.

Disebabkan itu, dia diketawakan rakan Red Velvet lain kerana beranggapan kejadian itu sangat melucukan.

“Semua orang ketawakan saya. Tetapi saya tetap pakai selipar itu kerana saya sudah membelinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI