fbpx

Pengawal keselamatan didakwa ugut bunuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Hafidz Azrul (dua dari kiri) menghadapi tiga pertuduhan mengugut bunuh polis di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengawal keselamatan dipercayai anak buah Ayahanda Zul dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengugut bunuh pegawai dan anggota polis pada tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Hafidz Azrul Mat Nizan, 25, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Othman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membuat penghantaran komunikasi yang bersifat mengancam dengan niat mengugut pegawai dan anggota polis berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhamad Hafidz Azrul antara 22 November sehingga 24 Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kosmo! 3 Januari lalu melaporkan seorang peniaga yang juga ketua sebuah pertubuhan haram dikenali Ayahanda Zul berjaya diberkas di Bangi, Selangor pada pukul 12 tengah malam, 2 Januari lalu.

Dia sebelum ini melarikan diri selepas diburu disyaki melakukan ugutan terhadap anggota dan pegawai polis termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komosioner Suffian Sulaiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI