PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memastikan suara Malaysia terus lantang di persada antarabangsa.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam, beliau ketika ini sedang mewakili negara pada World Economic Forum (WEF) yang diadakan di Davos, Switzerland.
“Alhamdulillah, baru sahaja sampai hari ini (semalam) di Lapangan Terbang Zurich. Selepas ini, terus menaiki kereta ke Davos untuk menyertai World Economic Forum (WEF).
“WEF merupakan forum global yang menghimpunkan seramai 2,700 pemimpin mewakili 130 negara, termasuk 52 ketua negara,”katanya.
Pada masa sama kata Zafrul, beliau juga akan bertemu dengan wakil pelbagai syarikat utama dunia dalam usaha meyakinkan mereka untuk melabur di negara kita.
“Doakan kejayaan saya, demi Malaysia,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE