fbpx

RM100,000 disamun: Kemungkinan orang ‘dalam’ terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan guru besar yang dipecah penyamun semala.

KAJANG – Polis tidak menolak kemungkinan orang ‘dalam’ terbabit dalam kes samun wang bernilai lebih RM100,000 sekitar Pekan, semalam, yang dikeluarkan oleh seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut termasuk bagi mengenal pasti sekiranya ada unsur-unsur kecuaian atau pembabitan ‘orang dalam’.

“Pada masa sama, kita juga akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu yang keluar dan masuk dari bank berkenaan.

“Kita sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk guru besar berkenaan bagi membantu siasatan,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Zaid berkata, pihaknya tidak menerima permohonan pengiring daripada guru besar yang berusia 50 tahun untuk tujuan pengeluaran wang bantuan awal persekolahan berkenaan.

“Merujuk keterangan mangsa, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman selama 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu.

“Sepanjang tempoh 10 tahun itu, tidak ada perkara buruk yang berlaku. Perkara ini menyebabkan saya rasa ralat kerana pihak sekolah boleh sahaja meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat pengeluaran wang di bank,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 19/13 sempena Tahun Baru Cina 2023 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI