PELAKON jelita Priyanka Chopra telah meluahkan rasa rindu terhadap negara kelahirannya, India selepas mendakwa sudah lama tidak pulang ke tanah tumpah darahnya gara-gara pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Rasa rindu terhadap India telah dikongsi isteri penyanyi, Nick Jonas itu dalam laman Instagram miliknya.
Bekas Ratu Cantik Dunia 2000 yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu memberitahu, sebelum timbulnya masalah Covid-19, dia lazimnya pulang ke India sekurang-kurangnya dua kali setahun.
“Rasanya sudah setahun aku tidak pulang ke sana (India) dan rasa rindu memang cukup tebal,” ujar Priyanka.
Gara-gara tidak dapat pulang ke kampung, Priyanka akan membuat panggilan video dengan keluarganya di India pada setiap hari bagi memastikan mereka berada dalam keadaan selamat.