fbpx

Piala AFF: Vietnam gagal sekat Thailand pertahankan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Thailand, Theerathon Bunmathan (no.3) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Adisak Kraisorn untuk menewaskan Vietnam 1-0 pada aksi final kedua Piala AFF di Stadium Thammasat, sebentar tadi. - FB CHANGSUEK

BANGKOK – Kapten Thailand, Theerathon Bunmathan menjadi individu paling bernilai buat pasukannya apabila sekali lagi pamer kualiti ketika memastikan kemenangan 1-0 ke atas Vietnam pada aksi final kedua Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium Thammasat, sebentar tadi.

Selepas menjadi pencetus kepada dua gol Gajah Perang ketika seri 2-2 di Hanoi, Jumaat lalu, pemain yang bakal mencecah usia 33 tahun pada 6 Mac ini sekali lagi mengecewakan Vietnam, menyumbangkan gol tunggal perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan ketujuh buat Thailand hasil kemenangan 3-2 secara agregat.

Sebaliknya buat Vietnam, keputusan itu menjadi penutup paling mengecewakan buat pengendalinya, Park Hang-seo yang bakal meninggalkan pasukan sejurus selesai tugasan di Piala AFF kali ini.

Terdahulu, aksi timbal balik kali ini boleh dikatakan bermula agak seimbang dan kedua-dua pasukan seperti mahu memanfaatkan tempoh 20 minit pertama untuk membaca taktikal lawan.

Bagaimanapun, sebaik memasuki minit ke-24, Theerathon akhirnya merubah tempo perlawanan dan selepas jaringan berjaya dihasilkan, skuad Gajah Perang nyata begitu selesa mengawal permainan hingga memaksa pemain Vietnam lebih banyak mengejar bola berbanding mengatur serangan.

Sekalipun pelawat kekal dengan kemahuan untuk memburu gol semangat, Thailand seakan mendapat tenaga tambahan manakala Vietnam sering dikecewakan oleh beberapa hantaran tidak tepat dan setiap gerakan diatur seperti terlalu mudah dibaca oleh pemain tuan rumah.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus menyajikan skrip hampir sama dengan 45 minit pertama, terus mempamerkan aksi penuh berdisiplin sama ada ketika melakukan serangan atau pun bertahan.

Berbaki 30 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Thailand yang sudah pun memiliki kelebihan untuk diangkat selaku juara mula dilihat ‘simpan tenaga’ dengan mengendurkan asakan dan mengalih tumpuan kepada tugasan bertahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI