fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala di Sungai Hulu Paka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi Muhammad Zuhaily tergelincir ketika menjala ikan di Sungai Hulu Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir di tebing Sungai Hulu Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Muhammad Zuhaily Roslan, 21, yang berasal dari Kampung Gong Gemia, Paka, dipercayai dihanyutkan arus deras sungai berkenaan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, sebelum kejadian, Muhammad Zuhaily dikatakan ke sungai berkenaan bersama seorang rakannya untuk menjala ikan.

“Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukul 2.47 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di sekitar lokasi kejadian dengan menggunakan bot,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI