fbpx

Pembunuh bersiri Russia tawar diri sertai perang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Popkov berdiri di dalam kandang defendan semasa perbicaraan mahkamah di Irkutsk pada 10 Disember 2018. - AFP

MOSCOW  — Seorang pembunuh bersiri paling kejam di Russia menawarkan diri untuk menyertai perjuangan tentera Presiden Vladimir Putin di Ukraine, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Mikhail Popkov, 58, ingin menyertai skim kontroversi yang menyaksikan beribu-ribu pembunuh, perogol dan penjenayah lain menjadi tentera upahan.

Penjenayah akan dihantar untuk berperang bersama tentera Russsia sebagai pertukaran untuk pengampunan jika mereka terus berjuang dan bertahan hidup selama enam bulan.

Popkov merupakan seorang bekas anggota polis. Dia digelar ‘The Werewolf’ dan ‘Angarsk Maniac’ kerana kekejamannya dan telah membunuh 83 wanita. 

Dia perintah menjalani hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh tambahan sembilan tahun selepas tiga perbicaraan berasingan. Bagaimanapun, sumber polis percaya bahawa jumlah sebenar mangsa Popkov adalah hampir 200 orang.

Popkov memperkosa kebanyakan mangsanya yang berusia 18 hingga 50 tahun, sebelum membunuh mereka dengan kapak, tukul, pisau, pemutar skru dan penyodok.

Pihak berkuasa Russia telah membenarkan saluran televisyen kerajaan untuk menemu bual Popkov di penjara ketika dia merayu untuk menyertai tentera Putin. 

Lelaki itu mendakwa dia mempunyai pengalaman radio-elektronik dari zamannya sebagai Tentera Merah.

Dia berharap untuk menyertai skim Kremlin yang telah membebaskan seramai 40,000 banduan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk menyertai perang di Ukraine,” kata Popkov ketika ditemu bual. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI