fbpx

Rahimah jual cek mek 10 sen sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahimah menunjukkan kuih cek mek yang dijual di Pasar Berek 12, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Seorang peniaga kuih cek mek di Pasar Berek 12 di sini, masih mampu memperoleh keuntungan meskipun menjual kuih tradisional itu pada harga 10 sen sebiji.

Rahimah Zakaria, 46, berkata dia memulakan perniagaan kuih cek mek itu dua tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia dan dia tiada lagi tempat bergantung.

Menurutnya, dia akan bangun pukul 5 pagi setiap hari untuk mengadun ubi keledek rebus bersama bahan-bahan lain.

“Pada peringkat awal, hanya 10 kilogram (kg) adunan kuih dihasilkan, namun kini mening­kat kepada 30 kg sehari.

“Adunan itu akan digoreng di gerai dan dijual panas-panas kepada pelanggan. Saiz cek mek dihasilkan kecil berban­ding saiz normal kuih tersebut di pasaran dan disebabkan itu, saya boleh menjualnya 10 sen sebiji,” katanya.

Rahimah menguli tepung 30kg bermula pukul 5 pagi setiap hari.

Rahimah memberitahu, sebelum ini, dia hanya menghantar jualan ke beberapa buah gerai di bandar Kota Bharu, namun selepas permintaan semakin tinggi, dia mengambil keputusan menyewa gerai di Pasar Berek 12 dibuka bermula pukul 8 pagi.

“Kuih ini dijual pada harga 10 sen sebiji dan masih mampu memperoleh keuntungan walaupun tidak besar, namun cukup untuk menyara seorang anak yang masih bersekolah dan seorang lagi di institusi pengajian tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, selain jualan di pasar, dia juga mendapat tempahan kuih tersebut secara sejuk beku, namun hanya dibuat atas permintaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI