fbpx

Penduduk pening hari-hari cium bau busuk air kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK di Kampung Batu 2, Gurun menunjukkan air kumbahan yang bertakung dan berbau busuk berikutan sistem perparitan yang tidak sempurna.

GURUN – Sebanyak 80 buah keluarga di Kampung Batu 2, Jalan Jeniang-Gurun, di sini, mengadu kawasan perumahan mereka tidak mempunyai sistem perpa­ritan yang sempurna menyebabkan air kotor bertakung sehingga mengeluarkan bau busuk.

Dakwa penduduk, mereka terpaksa hidup dalam kea­daan tidak selesa itu sejak sekian lama dan ia menjadi lebih ‘parah’ setiap kali tiba musim hujan.

Seorang penduduk, Mohamad Ibrahim, 63, berkata, mereka sebelum ini mengalirkan semua air buangan ke dalam lubang yang dipasang kok (pembentung) di sekeliling rumah masing-masing.

“Namun, selepas puluhan tahun lubang itu telah penuh dan bila hujan, air akan melimpah keluar.

“Disebabkan tidak mempunyai longkang, limpahan air ini akan bergenang di sekeliling rumah dan menyebabkan bau busuk berpanjangan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Othman Saad, 70, berkata, dia terpaksa mengorek lubang di bahagian dapur rumahnya bagi memerangkap air hujan yang mengalir di atas jalan berdekatan rumahnya kerana ketiadaan longkang.

“Masalahnya ialah lubang ini akan dipenuhi air jika hujan berlarutan lama dan sudah pasti akan bercampur dengan air lumpur dan kumbahan.

“Jika ada longkang, air akan mengalir keluar dengan baik dan tidak lagi melimpah ke kawasan rumah,” ujarnya.

Menurut Faridah Ahmad, 54, pula, limpahan air hujan dan sisa buangan yang bercampur itu ­menyebabkan kawasan belakang rumahnya kotor dan berbau busuk.

“Penduduk yang tinggal di bahagian agak tinggi turut rasa bersalah kerana limpahan air dari rumah mereka akan turut mengalir ke kawasan rumah kami di kawasan rendah.

“Bila tiada longkang, air berbau busuk ini akan bertakung lama dan menjadi tempat nya­muk membiak seterusnya boleh menimbulkan masalah kesihatan pula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI