fbpx

LIMA’23: Perkhidmatan feri Langkawi diberi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikan LIMA'23 dengan melakukan gimik perasmian ketika majlis perasmian di MITEC, hari ini. - Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Isu perkhidmatan feri di Langkawi, Kedah diberi perhatian oleh Kementerian Pengangkutan susulan penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan meningkatkan lagi jumlah pengunjung ke situ.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan kelancaran LIMA’23 sekali gus memudahkan pengunjung ke pameran antarabangsa tersebut yang berlangsung bermula 23 hingga 27 Mei depan.

“Sehubungan itu, kita sudah mengarahkan Jabatan Laut bersama pengendali feri untuk melihat isu tersebut termasuk meningkatkan kapasiti bagi menampung jumlah pengunjung sewaktu LIMA’23.

“Dari segi kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia menjadi satu isu memandangkan lokasi itu sudah dinaik taraf sejak penganjuran LIMA sebelum ini. Ini bukan kali pertama Langkawi sebagai tuan rumah LIMA.

“Justeru, kita yakin dapat menampung jumlah pengunjung dari pelbagai sudut pengangkutan termasuk teksi, e-hailing dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan LIMA’23 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI